Seperti yang kita tahu, Sony ketika ini lebih memfokuskan telefon pintar dengan keupayaan kamera yang terbaik melalui model Sony Xperia Pro-I I. Terbaru, Sony dilaporkan akan hadir dengan model kemas kini iaitu Sony Xperia Pro-I II.
Berdasarkan dari imej yang dikongsi, memperlihatkan yang Xperia Pro-I II hanya akan menggunakan tetapan dwi-kamera pada bahagian belakang bukannya tiga atau empat kamera seperti kebanyakkan peranti di pasaran sekarang. Ini kerana, Xperia Pro-I II akan menjadikan peranti pertama di dunia akan hadir dengan dua sensor kamera 1-inci.
Dengan keupayaan dua sensor kamera sebesar 1-inci, Xperia Pro-I II dijangka akan menawarkan keupayaan fotografi yang lebih baik dalam masa yang sama akan turut menawarkan pelbagai fungsi menarik pada aplikasi kamera.
Namun begitu, laporan ini masih menjadi tanda tanya berikutan pihak Sony belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai kehadiran Xperia Pro-I II.