Close

Sistem inforia Hyundai akan dijana dengan cip Exynos Auto V920


Hyundai kini bersedia untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dan interaktif pada sistem inforia mereka. Berikutan dari itu, Hyundai dilaporkan telah memilih cip Exynos Auto V920 daripada Samsung untuk digunakan pada EV mereka yang seterusnya. 



Pemilihan tersebut menjadikan ia kerjasama pertama di antara Samsung dan Hyundai dalam sektor automotif. Hasil melalui kerjasama ini dijangka akan diperlihatkan menjelang tahun 2025.


Cip Exynos Auto V920 ini hadir dengan 10 teras baharu ARM yang menjanjikan peningkatan sehingga 1.7 kali pada prestasi CPU dan 2 kali ganda pada prestasi GPU. Dipadankan dengan teknologi RAM termaju iaitu LPDDR5. Cip ini dikatakan mampu untuk menguruskan sehingga enam paparan pada resolusi tinggi dan 12 sensor kamera dalam suatu masa.



Selain itu, cip ini juga turut menawarkan keupayaan AI dan NPU (Neural Processing Unit) yang dipertingkat yang menyokong ciri pemantauan pemanduan seperti mengesan keadaan sekeliling dan mengenali suara. Untuk ciri keselamatan, cip ini hadir dengan ASIL-B (Tahap Integriti Keselamatan Automotif) yang menguruskan kesalahan dalam masa nyata dan memastikan sistem kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN