ASUS secara rasminya berkongsi tarikh pelancaran untuk Asus Zenfone 10 pada 29 Jun ini bagi menggantikan model semasa. Merupakan peranti kompak yang sangat berkuasa dan satu-satunya peranti kompak yang masih bertahan di pasaran ketika ini.
Namun begitu, ASUS tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai Zenfone 10. Tetapi berdasarkan dari video promosi yang dikongsi, memperlihatkan yang peranti ini akan menggunakan skrin hadapan jenis rata bersama kamera swafoto jenis punchole yang diletakkan di atas sebelah kiri.
Selain itu, Zenfone 10 dijangka akan membawakan keupayaan kamera yang lebih baik dengan sistem penstabilan gimbal enam paksi 2.0, pilihan warna baharu dan akan menyokong pengecasan tanpa wayar. Untuk spesifikasi lain, peranti ini disahkan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin bersaiz 5.9-inci.
Dengan hari pelancarannya yang semakin hampir. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.