Selepas dilancarkan di China pada beberapa bulan yang lalu, realme 11 Pro 5G dan 11 Pro+ 5G kini secara rasmi telah dilancarkan untuk pasaran global yang bermula dengan pasaran India. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dengan rekaan yang menarik dan berbeza dari model sebelumnya.
Secara asasnya, tiada perubahan ketara dari segi spesifikasi namun untuk pasaran India tiada pilihan storan sehingga 1TB seperti mana yang ditawarkan oleh pasaran China.
realme 11 Pro+ 5G merupakan peranti paling premium dalam siri ini, dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.43-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7050, dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalama sehingga 1TB. Kapasiti bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W.
Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 200MP Samsung HP3 OIS + 8MP ultralebar + 2MP makro. realme 11 Pro+ merupakan peranti realme pertama yang hadir dengan sensor kamera 200MP. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.
Manakala untuk realme 11 Pro 5G ia membawakan spesifikasi asas yang sama seperti realme 11 Pro+ 5G. Hadir dengan skrin melengkung AMOLED FHD+ bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512 GB. Kapasiti bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.
Perbezaan ketara pada kedua-dua peranti adalah pada konfigurasi kamera. Untuk realme 11 Pro 5G ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 200MP Samsung HP3 OIS + 8MP ultralebar + 2MP makro. realme 11 Pro+ merupakan peranti realme pertama yang hadir dengan sensor kamera 200MP. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.
Di India, realme 11 Pro 5G dijual pada harga bermula sekitar INR 23,999 (RM1342). sementara untuk realme 11 Pro+ 5G pula bermula sekitar INR 27,999 (RM1566).
Untuk penawaran peranti ini di Malaysia, realme belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran untuk peranti ini. Peranti ini dijangka akan tiba di Malaysia berdasarkan dari pengesahan SIRIM yang telah dikesan untuk kedua-dua model.