Meta sebelum ini telahpun memberikan bayangan yang mereka akan memperkenalkan aplikasi alternatif yang juga pesaing kepada aplikasi sosial Twitter. Terbaru, aplikasi tersebut dilaporkan telahpun diperlihatkan.
Menurut laporan, aplikasi tersebut akan menggunakan nama “Threads” dan diletakkan di bawah Instagram. Bermaksud, aplikasi ini akan menyokong log masuk dengan menggunakan akaun Instagram. Dengan sokongan ini, pengguna boleh menyegerakkan maklumat dengan lebih mudah.
Berdasarkan dari perkongsian awal mengenai aplikasi ini ia kelihatan mirip seperti Instgram tetapi tanpa sokongan imej. Meta menyatakan, antara sebab Threads diwujudkan adalah untuk mencipta sebuah platfom yang lebih stabil dan selamat untuk pengguna.
Twitter yang kini dterajui oleh Elon Musk telah menerima pelbagai kritikan ramai berikutan perubahan polisi yang dibuat sesuka hati dan isu keselamatan yang membimbangkan.
Pembangunan aplikasi ini telahpun dimulakan pada Januari lalu dan dijangka akan diumumkan sekitar Jun tahun ini.