Penduduk Sabah kini boleh menikmati kelajuan rangkaian melalui penawaran baharu Astro Fibre. Pelan dengan sambungan gentian optik ini menawarkan kelajuan pada 50Mbps bersama langganan televisyen satelit Astro.
Pakej langganan Astro Fibre ini tersedia kepada lebih dari 118 ribu unit premis dan kediaman di Sabah yang merangkumi kawasan seperti bandar Kota Kinabalu, Semporna, Tawau, Kunak, Sandakan, Lahad Datu, Penampang, Keningau, Beufort, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Tenon, Tuaran dan Ranau.
Berikutan dari penawaran ini, Astro memberikan promosi pengenalan untuk pengguna di Sabah dengan harga langganan serendah RM129.99 sebulan untuk pelan Astro Fibre dan Pek Primary Astro. Pakej ini merangkumi kelajuan rangkaian pada 50Mbps, penghala WiFi RG21 WiFi6 dan juga Ulti Box.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penawaran ini, layari laman web rasmi Astro.