Close

Siri Google Pixel 8 dilaporkan akan hadir dengan peningkatan kamera yang lebih ketara

Siri Google Pixel 8 dilaporkan akan hadir dengan peningkatan kamera yang lebih ketara, berdasarkan dari laporan terbaru yang mendedahkan spesifikasi terperinci kamera yang akan digunakan pada peranti tersebut.

Menurut laporan, siri Google Pixel 8 akan menggunakan sensor kamera dari Samsung iaitu ISOCELL GN2. Kamera baharu ini dikatakan mempunyai sensor 35% lebih besar, menawarkan kemampuan yang lebih baik pada keadaan kurang cahaya bersama shutter speed yang lebih pantas.

Selain itu, kedua-dua peranti ini dijangka akan turut hadir dengan ciri Staggered HDR yang meningkatkan keupayaan HDR dengan lebih baik dalam masa yang menawarkan pemprosesan imej yang lebih pantas. Untuk rakaman video, ia menyokong sehingga resolusi 8K.

Peningkatan kamera yang lebih ketara semestinya pada Google Pixel 8 Pro, yang dijangka hadir dengan kamera ultra lebar 64MP dengan sensor Sony IM787 iaitu sensor yang sama pada Google Pixel 7a. Seterusnya, Google Pixel 8 Pro turut dijangka akan menggunakan sensor ToF VL53L1 8×8 yang akan meningkatkan keupayaan autofokus. Untuk sensor kamera swafoto dan telefoto, ia masih menggunakan sensor yang sama seperti pada Google Pixel 7 Pro.

Aplikasi Google kamera juga dilaporkan akan hadir dengan beberapa fungsi baharu seperti Segmentation AWB dan Adaptive Torch. Rakaman video melalui mod cinematic turut dipertingkat, yang kini membolehkan pengguna mengubah tahap bokeh.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN