Sumber : IT Chronicles |
Kecerdasan buatan atau AI dilihat semakin berkembang pesat dengan pelbagai sektor mula menggunakan AI sebagai salah satu alternatif dalam memudahkan dan melancarkan operasi syarikat. Berikutan dari, Korea Selatan dijangka akan mula memperkenalkan buku teks digital AI di sekolah menjelang 2025.
Pengenalan buku teks digital AI ini adalah sebahagian kepada usaha inovasi pendidikan digital oleh kerajaan Korea Selatan bagi menawarkan kandungan pembelajaran yang lebih interaktif seiring dengan perkembangan teknologi.
Namun begitu, kedua-dua buku teks iaitu biasa dan digital akan terus digunakan sehingga semua pelajar, ibu bapa dan guru mahir untuk menggunakannya.
Pengenalan buku teks digital AI ini akan merangkumi sekolah rendah dan menengah awam. Untuk permulaan, ia hanya akan tersedia dalam beberapa mata pelajaran sahaja iaitu matematik, bahasa inggeris dan informatik.