Close

Apple mungkin hadir dengan Vision Pro mampu milik menjelang 2025

Perkara yang paling mencuri tumpuan pada acara WWDC 2023 semestinya adalah set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro. Hadir dengan pelbagai teknologi baharu, dijana dengan VisionOS dan dijual pada harga sekitar $3499 (RM16,181).


Terbaru, menurut Bloomberg, Apple dilaporkan mungkin akan hadir dengan set kepala realiti yang lebih mampu milik menjelang tahun 2025. Set kepala realiti yang lebih mampu milik ini mungkin akan menggunakan nama Apple Vision atau Apple Vision One.


Dengan penawaran harga yang lebih mampu milik, kita boleh menjangkakan ia mungkin hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah dan sensor serta kamera yang lebih kecil.


Selain itu, Apple juga dikatakan telahpun memulakan pembangunan untuk Apple Vision Pro generasi seterusnya yang akan hadir dengan cip pemprosesan yang lebih pantas dan prestasi yang lebih baik.


Apple Vision Pro yang dilancarkan baru-baru ini dikuasakan dengan gabungan dua cip iaitu M2 dan R1. Menggunakan paparan dengan resolusi 4K untuk setiap mata bersama dengan 5 penderia utama dan 12 kamera. 


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN