Close

Twitter akan mula membayar pencipta kandungan untuk iklan yang dipaparkan

Aplikasi sosial iaitu Twitter akan mula membayar pencipta kandungan untuk iklan yang dipaparkan di bahagian ruangan balas Tweet.

In a few weeks, X/Twitter will start paying creators for ads served in their replies. First block payment totals $5M.

Note, the creator must be verified and only ads served to verified users count.

— Elon Musk (@elonmusk) June 9, 2023

Namun begitu, bayaran untuk iklan yang dipaparkan hanya akan diterima oleh pengguna yang disahkan atau yang melanggan Twitter Blue. Selain itu, bayaran iklan ini hanya tertakluk dan akan diterima oleh pemilik akaun Twitter Blue sahaja.
Twitter yang kini diterajui oleh Elon Musk ketika ini dilihat sedang berusaha untuk mengekalkan pengiklanan dalam masa yang sama sedang meniliti ruang penempatan iklan yang sesuai.
Perubahan ini diilihat akan menjurus kepada lebih banyak perkongsian kandungan dan juga komunikasi dua hala. Bakal meningkatkan penggunaan Twitter dalam masa yang sama pencipta kandungan dapa menjana pendapatan. 
Seperti yang kita tahu, Twitter Blue menawarkan sejumlah fungsi menarik dan sedia ditawarkan untuk pengguna di Malaysia dengan harga langganan RM30.75 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN