Sumber : Facebook Anwar Ibrahim |
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkongsi maklumat lanjut mengenai bayaran e-Tunai Belia Rahmah. Menurut beliau, bayaran tersebut akan mula diberikan kepada yang layak pada akhir Jun ini.
e-Tunai Belia Rahmah yang bernilai RM200 ini ditawarkan kepada golongan belia yang berusia 18 sehingga 20 tahun atau kepada yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan. e-Tunai Belia Rahmah ini akan diberikan dalam bentuk kredit melalui dompet digital.
Pada Pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan telah mengumumkan insiatif kepada belia dan juga pelajar, berupaya kredit melalui dompet digital yang bernilai RM200 yang akan diterima oleh dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.