Seiring dengan pengumuman acara pelancaran Nothing Phone (2) yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai ini. Pengasas kepada Nothing iaitu Carl Pei turut mengumumkan berita gembira untuk pengguna Nothing Phone (1).
Software support is very important to us. Nothing OS 2.0 will be coming to Phone (1) users by the end of August.
— Carl Pei (@getpeid) June 13, 2023
Berita gembira tersebut adalah mengenai kemas kini sistem operasi pada Nothing Phone (1). Menurut Pei, kemas kini Nothing OS 2.0 akan turut tersedia untuk pengguna Phone (1) menjelang akhir Ogos ini. Ia bermakna, Nothing OS 2.0 hanya akan diterima selepas pelancaran Phone (2).
Untuk Nothing OS 2.0 buat masa tiada sebarang maklumat mengenainya. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan yang kemas kini akan membawakan perubahan yang lebih ketara dan lebih baik dari sebelumnya. Walaubagaimanapun, kita hanya akan mengetahui maklumat lanjut mengenainya pada acara pelancaran Nothing Phone (2). Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.