Close

Rekaan ASUS Zenfone 10 tertiris – Guna rekaan sama Zenfone 9

Rekaan ASUS Zenfone 10 telah tertiris, sekaligus mengesahkan beberapa maklumat mengenai peranti kompak yang seterusnya dari ASUS.



Berdasarkan dari perkongsian pakar tiris @evleaks melalui Twitter rasminya. Memperlihatkan yang ASUS Zenfone 10 akan hadir dengan 5 pilihan warna iaitu putih, hitam, merah, hijau dan biru. Dari segi rekaan pula, tiada perubahan ketara dari model Zenfone 9. Masih lagi tampil dengan rekaan kamera bulat dengan tetapan dwi-kamera dan skrin rata bersaiz 5.9-inci.



Dapat juga dilihat kedudukan butang suara, pengimbas cap jari dan kamera swafoto berada di posisi yang sama seperti Zenfone 9. Zenfone 10 dijangka akan membawakan keupayaan kamera yang lebih baik dengan sistem penstabilan gimbal enam paksi 2.0, menyokong pengecasan tanpa wayar dan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.


ASUS telahpun menjadualkan acara pelancaran Zenfone 10 yang akan berlangsung pada 29 Jun ini. Untuk maklumat tambahan, ASUS Malaysia tidak menawarkan Zenfone 9 untuk pasaran tempatan. Jadi, berkemungkinan Zenfone 10 juga tidak akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. 


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN