Close

Kemas kini yang menyelesaikan masalah kamera kini tersedia untuk siri Samsung Galaxy S23


Dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik, Samsung telah melepaskan kemas kini baharu untuk siri Samsung Galaxy S23 melalui nombor binaan S91xBXXU2AWF1. Kemas kini ini hadir dengan beberapa penambahbaikan utama, keselamatan, dan juga peningkatan keupayaan kamera.



Kemas kini yang bersaiz 2.2GB telahpun dilepaskan kepada pengguna di Asia Tenggara yang merangkumi Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Antara penambaikan yang dibawakan pada kemas kini ini adalah seperti :


  • Pilihan zum 2x dalam mod Potret.
  • Masalah autofokus dan HDR diselesaikan.
  • Pemprosesan mod malam kini berbeza dari sebelumnya.
  • Sistem operasi One UI kini lebih lancar.
  • Peningkatan pada ciri haptik.


Untuk pengguna yang ingin mengemas kini siri Samsung Galaxy S23, pergi ke Setting > Software Update > Download and Install.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN