Close

iOS 17 akan hadir dengan ciri ‘Screen Distance’ – Beri amaran jika skrin terlalu dekat


Apple melalui iOS17 dan iPadOS 17 akan menyertakan ciri Screen Distance, yang mana ciri akan memberikan amaran sekiranya pengguna menggunakan peranti terlalu dekat dengan mata untuk satu tempoh yang lama. 


Ciri ini dilihat akan membantu untuk mengurangkan risiko rabut dekat pada kanak-kanak dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah keletihan mata. Selain itu, ciri ini juga dapat meningkatkan amalah menonton yang sihat.


Ciri ini akan menggunakan teknologi TrueDepth yang sama seperti Face ID untuk mengesan jarak skrin dengan mata pengguna dan akan memaparkan notifikasi “iPhone is Too Close” apabila berjaya mengesan. Berikutan dari itu, ciri ini hanya akan tersedia kepada iPhone dan iPad yang menyokong Face ID.


Ciri ini boleh diaktifkan pada iOS 17 dengan pergi ke Settings > Screen Time > Screen Distance. Pada ketika ini iOS 17 masih lagi dalam fasa percubaan, Versi stabil dijangka akan tersedia untuk semua pengguna iPhone sekitar September atau Oktober. 

ARTIKEL BERKAITAN