Close

Ini cara untuk sorok perbualan sulit pada aplikasi WhatsApp

Buat yang tidak mengetahui, WhatsApp telahpun hadir dengan fungsi Chat lock yang membolehkan pengguna untuk mengunci dan menyembunyikan perbualan tertentu. Lebih menarik, fungsi Chat lock ini tidak menyimpan kandungan media seperti video dan imej secara automatik. 


Namun begitu, fungsi ini perlu diaktifkan sebelum ia boleh digunakan. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi bagaimana cara untuk anda mengunci perbualan tersebut.


1. Pastikan anda menggunakan aplikasi WhatsApp yang terkini.




2. Masuk ke aplikasi WhatsApp dan pergi ke bahagian perbualan.




3. Kemudian, pilih perbualan yang ingin disembunyikan dan tekan pada contact info.



4. Pada menu contact info skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa Chat lock.



5. Aktifkan fungsi Chat lock dengan mengikut arahan pada skrin.



6. Setelah diaktifkan, Chat lock boleh diakses melalui tab Locked chat.




Sebagai maklumat penambahan, Fungsi Chat lock ini diletakkan di bawah satu lapisan sekuriti yang berbeza dan memerlukan pengesahan melalui imbasan cap jari, kata laluan atau imbasan muka sebelum perbualan yang dikunci dapat diakses.

ARTIKEL BERKAITAN