Close

Redmi 12 dilancarkan – Cip MediaTek Helio G88, paparan 90Hz dan kamera 50MP

Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi melancarkan pengganti kepada Redmi 10 iaitu Redmi 12. Merupakan peranti kelas pertengahan dan hanya tersedia untuk pasaran Thailand buat masa ini. 

Untuk spesifikasi, Redmi 12 hadir dengan skrin LCD FHD+ bersaiz 6.79-inci yang turut menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak pada 550 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 18W jenis USB-C.

Dari segi fotografi, peranti ini dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 8MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti bicu audio 3.5mm, Bluetooh 5.2, NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IP53 dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 14.

Di Thailand, Redmi 12 dijual pada harga bermula sekitar TBH 5,299 (RM706) untuk 8GB + 128GB. Peranti ini turut dijangka akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia selepas dikesan tersenarai di laman SIRIM Malaysia pada 19 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN