Seperti yang kita tahu, Meta akan memperkenalkan aplikasi alternatif yang juga pesaing kepada Twitter dan aplikasi tersebut akan dikenali sebagai Threads. Aplikasi tersebut dilaporkan telahpun dibangunkan pada awal tahun ini dan menggunakan nama Project 92 untuk fasa awal pembangunan.
Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang aplikasi ini dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan iaitu Julai. Aplikasi Threads ini akan diletakkan di bawah Instagram. Bermaksud, aplikasi mungkin akan menyokong log masuk dengan menggunakan akaun Instagram.
Dan berdasarkan dari perkongsian awal mengenai aplikasi ini ia kelihatan mirip seperti Instgram tetapi tanpa sokongan imej. Selain itu, aplikasi ini juga dikatakan telahpun digunakan oleh beberapa selebriti terkemuka bagi tujuan percubaan dan sebagai salah satu cara untuk menarik minat pengguna untuk menggunakan aplikasi ini.
Meta menyatakan, antara sebab Threads diwujudkan adalah untuk mencipta sebuah platfom yang lebih stabil dan selamat untuk pengguna.