Close

Kredit e-Tunai Belia Rahmah bernilai RM200 boleh ditebus bermula hari ini


Kredit e-Tunai Belia Rahmah bernilai RM200 yang ditawarkan kepada golongan belia yang berusia 18 sehingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa kini boleh ditebus bermula hari ini sehingga 22 Ogos 2023.


Untuk proses penebusan, ia memerlukan pengesahan akaun, seterusnya boleh memilih penyedia perkhidmatan e-dompet yang ingin digunakan seperti Setel, Boost dan Touch ‘n Go. Selain akan menerima kredit e-tunai RM200 daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet turut memberikan insentif tambahan seperti pulangan tunai, baucar atau mata ganjaran.


Kredit RM200 tersebut boleh digunakan di semua peruncit atau peniaga yang menerima bayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet. Walaubagaimanapun, kredit ini hanya boleh dibelanjakan secara offline dan perlu dihabiskan sebelum 31 Ogos 2023.

ARTIKEL BERKAITAN