OPPO Malaysia secara rasmi berkongsi mengenai penawaran peranti baharu yang seterusnya untuk pasaran tempatan. Peranti tersebut adalah siri OPPO Reno10, dijangka akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu OPPO Reno10 5G, OPPO Reno10 Pro 5G dan OPPO Reno10 Pro+ 5G.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh OPPO melalui Facebook rasmi mereka. Memperlihatkan tiga peranti dengan pilihan warna yang berbeza. Selain itu, dapat dilihat salah satu dari peranti tersebut tampil dengan rekaan kamera yang berbeza, sensor yang lebih besar bersama penjenamaan Marisilicon. Peranti dengan rekaan kamera berbeza tersebut berkemungkinan adalah peranti paling premium untuk siri OPPO Reno10.
Untuk spesifikasi dalaman, buat masa ini tiada sebarang maklumat yang didedahkan. Maklumat yang lebih terperinci mengenai peranti ini dijangka akan didedahkan menjelang hari pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.