Melalui laporan dari The Star, seorang wanita telah disaman kerana memandu dalam keadaan telefon pintar diletakkan di atas riba. Cara pemanduan tersebut adalah berbahaya berikutan pemandu akan mengalihkan pandangan dari jalan raya untuk melihat navigasi pada telefon yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
Berikutan dari itu, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan phone holder. Sekiranya, aplikasi navigasi menghadapi masalah orang ramai disarankan untuk berhenti terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah tersebut.
Selain dari kesalahan tersebut, pemandu juga turut dinasihatkan untuk tidak menggunakan telefon semasa berhenti di lampu isyarat merah. Yang mana, ia akan menggangu pemanduan dalam masa yang sama menjadikan kesesakan trafik apabila pemandu tidak perasan lampu isyarat bertukar hijau.
Seperti yang kita tahu, kesalahan menggunakan telefon ketika memandu tidak boleh dikompaun sebaliknya perlu menghadirkan diri ke mahkamah. Sekiranya didapati bersalah, anda boleh didenda sehingga RM1000 atau penjara sehingga 3 bulan untuk kesalahan pertama. Manalaka, denda RM2000 dan penjara 6 bulan bagi kesalahan kedua.