Masalah peranti tidak tulen atau palsu bukanlah satu perkara baru. Jadi, untuk mengelakan perkara tersebut terus berlaku, Vivo Malaysia telahpun melancarkan laman web khas untuk menyemak ketulenan peranti yang dibeli oleh pengguna.
Untuk menyemak ketulenan peranti, pengguna perlu melakukan berapa langkah. Pergi ke laman web rasmi Vivo kemudian pergi ke bahagian Support dan pilih IMEI Authentication. Pada bahagian IMEI Authentication, masukkan nombor IMEI peranti kemudian tekan Submit.
Sekiranya peranti anda adalah tulen, ia akan memaparkan maklumat terperinci seperti nama model, tempoh jaminan dan juga waran peranti. Jika sebaliknya, peranti anda mungkin adalah peranti palsu. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, hubungi hotline 1800-81-2836.