Qualcomm secara rasmi mengumumkan cip baharu untuk kelas permulaan bagi menggantikan model sedia ada. Cip baharu tersebut adalah Snapdragon 4 Gen 2, menawarkan sejumlah peningkatan spesifikasi dan teknologi yang lebih baik.
Cip Snapdragon 4 Gen 2 ini hadir dengan teknologi binaan 4nm. Menjanjikan peningkatan pretasti sehingga 10% berbanding Snapdragon 4 Gen 1. Menggunakan konfigurasi 8 teras secara keseluruhan dengan 2 daripada adalah teras pretasi 2.2GHz dan 6 teras kecekapan 2.00GHz. Dari segi paparan, ia masih menyokong resolusi FHD+ dengan paparan 120Hz.
Selain itu, cip ini turut digabungkan dengan teknologi RAM dan storan dalaman yang lebih pantas iaitu LPDDR5X dan juga UFS 3.1. Cip ini akan turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan Quick Charge 4+ dan sokongan sensor sehingga 108MP.
Antara pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini adalah Redmi dan Vivo. Peranti tersebut dijangka akan dilancarakan dalam masa terdekat.