Tiga pengendali rangkaian pengecasan EV iaitu ChargEV, Gentari dan JomCharge telah mengumumkan kerjasama dalam usaha untuk meningkatkan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.
Melalui kerjasama ini, pengguna kini hanya memerlukan satu aplikasi sahaja untuk mengecas di mana-mana stesen pengendali rangkaian pengecasan EV di Malaysia. Ia bermaksud, pengguna boleh menggunakan salah satu aplikasi dari tiga pengendali rangkaian EV untuk mengecas di ChargEV, Gentari dan JomCharge.
Ia sekaligus memudahkan pengguna untuk urusan pengecasan tanpa perlu memuat turun aplikasi yang berbeza. Kerjasama ini juga membolehkan pengguna untuk mengakses 600 stesen pengecasan dari tiga pengendali rangkaian pengecasan EV. Kerjasama ini akan dilakukan secara berperingkat oleh ketiga-tiga pengendali rangkaian pengecasan EV.