Biarpun, OnePlus belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai peranti mercu mereka yang seterusnya. Namun, telah ada beberapa laporan awal telah mendedahkan maklumat mengenai peranti tersebut.
Menurut laporan, peranti mercu dari OnePlus iaitu OnePlus 12 dijangka akan hadir dengan sensor kamera yang lebih baik dari model sebelumnya. Dijangka akan menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP + 50MP +64MP.
Selain itu, OnePlus 12 turut dijangka akan menjadi peranti pertama dari OnePlus yang akan menggunakan sensor sebesar 1-inci dari Sony IMX989. Sensor 1-inci tersebut dikatakan sama seperti yang digunakan pada Oppo Find X6 Pro. OnePlus 12 turut dijangka akan hadir keupayaan kamera periskop baharu dengan sensor 64MP OV64B dari OmniVision.
Untuk spesifikasi lain, OnePlus 12 berkemungkinan akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5000mAh, skrin OLED LTPO4 dan pengecasan pantas 150W. OnePlus 12 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2023 di China dan memasuki pasaran global pada suku pertama 2024.