Close

Toyota C-HR 2024 diumumkan – Turut hadir dalam varian PHEV dengan kuasa 233 hp

Toyoto secara rasmi mengumumkan generasi ke-2 untuk segmen Crossover mereka iaitu Toyota C-HR 2024. Generasi ke-2 ini tampil dengan sejumlah peningkatan spesifikasi, teknologi dan juga rekaan yang lebih radikal pada bahagian luar.

Dari segi rekaan, Toyoto C-HR 2024 ini hadir dengan rekaan profil “super coupe” yang dipadankan dengan dua tona warna bersama rim aloi bersaiz 20-inci. Pada bahagian belakang, Toyoto C-HR 2024 ini hadir dengan rekaan minimal dengan logo di tengah dengan bar lampu LED yang diletakkan secara melintang.

Di Eropah, Toyota C-HR ini hadir dalam tiga pilihan varian iatu Hybrid 1.8L , Hybrid 2.0L dan PHEV 2.0L. Untuk Hybrid 1.8L, ia hadir sistem pacuan roda depan dengan kuasa 140hp. Sementera untuk Hybrid 2.0L, ia hadir dengan pilihan pacuan roda depan dan pacuan empat roda dengan kuasa 198hp. 

Untuk pecutan, Hybrid 1.8L mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 9.9 saat dengan kelajuan tertinggi 170 km/j. Manakala untuk Hybrid 2.0L ia mampu 0 ke 100 km/j hanya dalam 8.1 saat untuk pacun roda depan dan 7.9 saat untuk pacuan empat roda, kelajuan maksimum adalah pada 180 km/j.

Bagi model PHEV 2.0L pula, ia hadir dengan kuasa 233 hp yang mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 7.4 saat dengan kelajuan tertinggi 180 km/j. Mampu bergerak sejauh 61 km dengan menggunakan kuasa elektrik.

Pada ketika ini, Toyoto C-HR 2024 hanya tersedia untuk pasaran Eropah, telahpun dibuka untuk pra-tempahan. Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan turut tersedia untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN