Close

Tiada lagi panggilan dari “Private Number” selepas 30 Jun 2023

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan arahan kepada penyedia perkhidmatan talian selular berkenaan aktiviti menyembunyikan nombor pemanggil (Private Number) adalah tidak dibenarkan.

Arahan tersebut dikeluarkan merujuk kepada pematuhan subseksyen 3.8.1.12 Rancangan Penomboran dan Pengalamatan Elektronik (NEAP), memastikan semua panggilan dan penghantaran SMS memaparkan maklumat nombor yang sebenar.

Berikutan dari itu, perkhidmatan CLIR (Calling Line Identification Restriction) atau “private number” yang ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada pelan telekomunikasi adalah bercanggah dengan peruntukan sedia
ada di dalam NEAP.

Oleh yang demikian, SKMM memberi tempoh selewat-lewatnya 30 Jun 2023 untuk semua pemberi perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan CLIR menghentikan perkhidmatan tersebut. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN