![]() |
Sumber : FoneArena.Com |
Aplikasi sosial Telegram kini dilihat bersedia untuk membawakan fungsi baharu iaitu Telegram Stories. Fungsi ini dilihat mirip seperti pada aplikasi sosial lain.
Fungsi Telegram Stories ini akan diletakkan di bahagian atas aplikasi, menggunakan rekaan bulat dan ianya boleh dibesarkan atau dikecilkan oleh pengguna. Fungsi ini boleh turut hadir dengan keupayaan privasi seperti boleh menetapkan pengguna yang boleh melihat Stories dan boleh menyembunyikan Stories yang dikongsi oleh kenalan.
Seperti fungsi Stories lain, Telegram Stories ini turut membolehkan pengguna menambah caption, pautan, dan tag rakan padanya. Pengguna juga boleh merakam Stories dalam bentuk foto dan video yang turut menyokong rakaman dwi-kamera. Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan jangka masa Stories dari 6 Jam, 12 Jam dan 24 Jam.
Fungsi ini dilaporkan telahpun berada di fasa akhir dan dijangka akan dilancarkan kepada pengguna pada Julai ini.