Close

Insta360 GO 3 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1799

Insta360 secara rasmi melancarkan kamera aksi baharu mereka iaitu Insta360 GO 3 yang juga merupakan kamera aksi terkecil di dunia. Melaluinya ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan fungsi menarik.

Dari segi rekaan, peranti ini masih lagi membawakan rekaan seperti pil yang hanya sebesar ibu jari dengan berat hanya 35gram. Kamera aksi baharu ini turut hadir dengan Action Pod yang mempunyai skrin sesentuh kecil yang memaparkan rakaman secara terus apabila peranti dipasang atau ditanggalkan. Selain itu, kamera aksi ini turut menyokong fungsi seamless magnetic yang boleh dilekatkan pada magnet tanpa memerlukan tempat letak khas.

Dari segi rakaman, ia mampu merakam pada resolusi 2.7K 30fps dan untuk video perlahan pula ia mampu merakam pada resolusi 1080P 120fps. Kamera aksi ini turut hadir dengan pelbagai mod rakaman seperti FreeFrame, TimeShiftm, Timelapse, FlowState dan lain-lain.

Untuk jangka hayat bateri, peranti ini mampu merakam sehingga 45 minit untuk satu isian penuh pada resolusi FHD 30fps. Meningkat kepada 170 minit apabila di rakam dengan menggunakan Action Pod. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti sokongan IPX4 pada Action Pod, IPX8 pada Insta360 GO dan dua mifkrofon untuk rakaman audio yang lebih baik.

Di Malaysia, Insta360 GO 3 ini dijual pada harga bermula RM1799 untuk kit asas. Ditawarkan dalam tiga pilihan storan iaitu 32GB, 64GB dan 128GB.

ARTIKEL BERKAITAN