Pada acara MWC Shangai 2023 yang sedang berlangsung ketika ini, CEO HONOR iaitu George Zhao telah mendedahkan yang HONOR akan melancarkan peranti boleh-lipat baharu mereka pada bulan hadapan iaitu pada 12 Julai ini.
Menurutnya, peranti boleh-lipat generasi baharu dari HONOR ini bakal merevolusikan peranti boleh-lipat sekaligus akan memberikan pengalaman yang lebih baik pada peranti boleh lipat.
Tambahnya lagi, HONOR Magic V2 akan membawakan sejumlah penambahbaikan yang lebih baik berbanding model sebelumnya dengan 10% lebih ringan bersama teknologi engsel yang baharu. Menurut laporan lain, HONOR Magic V2 dijangka akan hadir dengan skrin LTPO AMOLED dengan paparan yang lebih tinggi dan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.
Walaubagaimanapun, buat masa ini tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai peranti boleh-lipat baharu dari HONOR. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan sesuatu yang menarik akan dibawakan oleh syarikat tersebut pada HONOR Magic V2.