Close

YouTube hanya akan membenarkan pengguna AdBlock menonton 3 video sahaja

YouTube yang merupakan platform penstriman video popular, ketika ini sedang menguji beberapa cara untuk menghalang pengguna aplikasi penghalang iklan atau lebih dikenali sebagai AdBlock dari menonton kandungan mereka.

Terbaru, YouTube dilaporkan sedang menguji cara untuk menghehadkan pengguna AdBlock, hanya akan membenarkan pengguna AdBlock menonton tiga video sebelum penstriman dihalang secara sepenuhnya.

Namun begitu, pengguna AdBlock masih mempunyai beberapa pilihan untuk terus menonton kandungan di YouTube. Pilihan pertama, nyahaktif AdBlock untuk membenarkan iklan dipaparkan pada kandungan. Pilihan kedua, pengguna perlu melanggan YouTube Premium untuk pengalaman menonton kandungan tanpa iklan.

YouTube mengesahkan yang ujian untuk menghehadkan pengguna AdBlock telahpun dibuat. Namun, tidak mendedahkan secara terperinci mengenai bilangan dan kawasan yang terlibat dalam ujian tersebut. 

Menurut YouTube, dengan iklan ia membolehkan berbilion pengguna di dunia terus menikmati YouTube secara percuma dan pencipta kandungan mendapat bayaran melalui langganan YouTube Premium.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN