Close

HONOR 90 akan tiba di Malaysia pada 20 Julai ini

HONOR Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti kelas pertengahan premium baharu mereka pada 20 Julai ini. Model yang akan dilancarkan adalah HONOR 90, hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa bersama rekaan yang lebih menarik.


HONOR 90 akan dilengkapi dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci. Skrin peranti turut hadir dengan beberapa ciri menarik seperti paparan 120Hz, HDR10+, kecerahanan puncak 1600 nits dan juga PWM Dimming 3840Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition 4nm yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.


Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP  f/1.9 + 12MP ultra lebar f/2.2 + 2MP f/2.4 kedalaman. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 50MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Wi-Fi 6, NFC dan menjalan sistem operasi MagiOS 7.1 yang berasaskan Android 13.


Walaubagaimanapun, HONOR Malaysia tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai harga jualan dan varian yang akan ditawarkan. Maklumat tersebut hanya akan dikongsi pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN