Close

Google dijangka hadir dengan cip rekaan sendiri menjelang 2025

Cip Google Tensor G4 berkemungkinan akan menjadi cip terakhir kerjasama di antara Samsung dan Google. Ia bermaksud, cip Tensor seterusnya akan di reka sepenuhnya oleh Google seperti mana yang dilakukan oleh Apple, Huawei dan Samsung.

Menurut laporan, Google merancang untuk menghasilkan cip Tensor secara sepenuhnya, bermula pada cip Tensor G4 yang menggunakan kod nama Redondo. Namun, disebabkan oleh beberapa masalah cip tersebut tidak akan dilancarkan sebaliknya menjadi sebahagian dari ujian.

Oleh yang demikian, cip Tensor G5 yang menggunakan kod nama Laguna bakal menjadi cip pertama yang akan direka sepenuhnya oleh Google. Cip ini dijangka akan dilancarkan pada 2025, menggunakan teknologi binaan 3nm yang akan dihasilkan oleh TSMC. 

Dengan menggunakan cip rekaan sepenuhnya, Google mempunyai lebih banyak kawalan kepada cip dalam masa yang dapat menjimatkan kos penghasilannya. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN