Umum mengetahui yang keupayaan satelit rangkaian dari Starlink akan memfokuskan kepada Institusi Penggajian Tinggi (IPT) dan sekolah, sebelum diperluaskan kepada lebih banyak kawasan.
π UiTM akan menerima 10 unit peranti Starlink bagi pertingkat perkhidmatan kualiti internet
π Mesyuarat bagi perkasa, kukuh unit pemantauan 3R bersama Ketua Polis Negara akan diadakan minggu hadapan
Sumber: Menteri @kkd_gov, @fahmi_fadzil pic.twitter.com/oW3B0OF1fo
β BERNAMA (@bernamadotcom) July 23, 2023
Berikutan dari itu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mengumumkan yang Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menerima 10 unit starlink dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian di kampus tersebut.
Antara kampus yang akan memanfaatkan keupayaan satelit rangkaian ini adalah seperti kampus Kuala Pilah, Perak, Tawau dan Sarawak. Manakala, untuk baki buat masa ini belum lagi didedahkan. Kampus Kuala Pilah dijangka akan menjadi kampus terawal akan menerima keupayaan satelit rangkaian.
Buat yang tidak mengetahui, Starlink adalah penyedia perkhidmatan rangkaian satelit di bawah SpaceX yang dikendalikan oleh Elon Musk. . Melaluinya, ia menawarkan capaian internet yang lebih pantas dan lebih luas yang memberikan kelebihan di kawasan pendalaman.
Oleh yang demikian, kerajaan merancang untuk untuk menggunakan 40 unit Starlink di IPT dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan rangakaian sekaligus dapat memudahkan lagi proses pembelajaran.