Close

Shopee ganti 8x kali ganda kalau terima barang palsu – Ini yang perlu anda tahu

Shopee mengemaskini jaminan pengembalian wang daripada 2x kepada 8x harga barangan sekiranya pengguna mendapati barang yang diterima adalah palsu.

Pengembalian wang 8x ini adalah salah satu inisiatif baharu syarikat tersebut dalam usaha untuk meyakinkan pengguna untuk berbelanja dengan selamat di Shopee. Namun begitu, terdapat beberapa syarat dan terma perlu dipatuhi sebelum pengguna dapat membuat tuntutan.

Pengembalian wang 8x ini hanya digunapakai pada barangan yang dibeli melalui Shopee Mall sahaja, tidak termasuk Shopee Preferred. Pengguna hanya diberi masa selama 15 hari untuk mengesahkan barangan yang diterima.


Selain itu, pengembalian 8x ini hanya terhad kepada RM5000 sahaja. Contohnya, jika barangan tersebut berharga RM1000, pengguna akan menerima pulangan RM5000 bukan RM8000 seperti sepatutnya. Namun, sekiranya barangan tersebut berharga RM200 pengguna akan menerima RM1600.

Semua barangan yang dibeli melalui Shopee Mall selepas 15 Julai 2023 akan termaktub dalam jaminan pengembalian 8x. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web FAQ Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN