Sony sebelum ini telahpun mengumumkan konsol mudah-alih mereka yang dipanggil sebagai Project Q. Dicipta khusus untuk membolehkan pengguna bermain permainan PS5 melalui sambungan Wi-Fi atau aplikasi Remote Play.
PlayStation Project Q Leaks:#PlayStation #ProjectQ pic.twitter.com/9ssXnb399U
— @Zuby_Tech (@Zuby_Tech) July 22, 2023
Terbaru, Zuby_Tech melalui Twitter beliau telah berkongsi beberapa maklumat baharu mengenai konsol yang dikatakan sebagai Project Q. Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan konsol tersebut tampil dengan rekaan yang sama seperti yang didedahkan oleh Sony.
Selain itu, Project Q dilihat akan hadir dengan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1080p. Dari segi kawalan. konsol mudah-alih ini akan menawarkan keupayaan seperti DualSense PS5 dengan penambahan skrin di tengah.
PlayStation Project Q Leaks:#PlayStation #ProjectQ https://t.co/gyFrsW7xkN pic.twitter.com/0R0yQIdr0I
— @Zuby_Tech (@Zuby_Tech) July 22, 2023
Untuk sistem operasi, konsol Sony Project Q dilihat akan menjalankan sistem operasi berasaskan Android namun, tidak dapat dipastikan versi Android yang akan digunakan.
Project Q ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dan akan bersaing dengan konsol mudah-alih lain seperti ROG Ally dan Steam Deck.