Close

Samsung Galaxy Z Flip5 turut dilancarkan dengan harga bermula RM4499

Melalui acara yang sama, Samsung turut mengumumkan generasi baharu Galaxy Z Flip iaitu Galaxy Z Flip5. Melaluinya, beberapa penambaikkan telah dibuat seperti rekaan yang lebih baik, skrin luar yang lebih besar dan teknologi engsel yang lebih baharu.


Samsung Galaxy Z Flip5 tampil dengan perubahan ketara pada skrin luar yang kini lebih besar dan lebih berguna dari model sebelumnya. Selain itu, ia kini menggunakan teknologi engsel yang lebih maju yang membolehkan dilipat dengan lebih rapat dan kemas.



Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Z Flip5 dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang digabungkan dengan RAM sehingga 8GB dan turut menyokong virtual sehingga 8GB RAM. Untuk storan dalaman, ia hadir dengan dua pilihan iaitu 256GB dan 512GB. Dimuatkan dengan bateri 3700mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W, mampu mengecas dari 0% ke 50% hanya dalam 30 minit.



Untuk skrin, ia hadir dengan skrin utama bersaiz 6.7-inci Infinity Flex Dynamic AMOLED 2X beresoluis FHD+ dengan paparan adaptif 1Hz-12Hz. Manakala, untuk skrin luaran ia hadir dengan saiz 3.4-inci Super AMOLED dengan paparan standard 60Hz



Dari segi fotografi, ia masih mengekalkan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 12 MP OIS lebar + 12 MP ultra lebar. Untuk kamera swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 10 MP.


Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IPX8, pelindung Corning Gorilla glass Victus, Armor Aluminium Frame, pembesar suara jenis stereo, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan One UI 5.1.1 yang berasaskan Android 13.


Di Malaysia, Samsung Galaxy Z Flip5 dijual pada harga bermula RM4,499 untuk 8GB + 256GB dan RM4,999 untuk 8GB + 512GB. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Mint, Lavender, Cream dan Graphite. Peranti ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 18 Ogos 2023 ini.

ARTIKEL BERKAITAN