Close

Siri Samsung Galaxy Tab S9 dilancarkan dengan harga bermula RM3699

Pada acara pelancaran Galaxy Unpacked yang lebih terarah kepada peranti boleh-lipat baharu, Samsung turut melancarkan generasi baru Tablet mereka iaitu siri Galaxy Tab S9. Ditawarakan dalam tiga varian iaitu Galaxy Tab S9, Galaxy Tab S9+ dan Galaxy Tab S9 Ultra.

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra 

Merupakan varian paling premium dalam siri Samsung Galaxy Tab S9, hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2x bersaiz 14.6-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 11,200mAh.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP ultra lebar. Manakala, untuk swafoto ia turut hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor 12MP + 12MP ultra lebar.

Untuk harga jualan, Samsung Galaxy Tab S9 Ultra dijual pada harga bermula RM5999 untuk 12GB + 256GB dan RM6499 untuk 12GB + 512GB. Varian ini turut ditawarkan dengan pilihan 5G yang dijual pada harga RM6649 untuk 12GB + 256GB dan RM7199 untuk 12GB + 512GB. Kesemua varian didatangkan dengan aksesori papan kekunci.

Samsung Galaxy Tab S9+


Manakala untuk Samsung Galaxy Tab S9 Plus, ia hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2x bersaiz 12.4-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang dipadankan dengan RAM 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Untuk kapasiti bateri, ia dimuatkan dengan bateri 10,090mAh.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP ultra lebar. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12MP ultra lebar.

Untuk harga jualan, Samsung Galaxy Tab S9+ dijual pada harga bermula RM4599 untuk 12GB + 256GB dan RM5199 untuk 12GB + 512GB. Varian ini turut ditawarkan dengan pilihan 5G yang dijual pada harga RM5249 untuk 12GB + 256GB dan RM5849 untuk 12GB + 512GB. 

Samsung Galaxy Tab S9


Varian terakhir iaitu Samsung Galaxy Tab S9, hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2x bersaiz 11-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Untuk kapasiti bateri, ia dimuatkan dengan bateri 8400mAh.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan kamera tunggal belakang dengan sensor utama 13MP. Manakala, untuk swafoto ia turut hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor 12MP + 12MP ultra lebar.

Untuk harga jualan, Samsung Galaxy Tab S9 dijual pada harga bermula RM3699 untuk 8GB + 128GB dan RM4199 untuk 12GB + 256GB. Varian ini turut ditawarkan dengan pilihan 5G yang dijual pada harga RM4349 untuk 8GB + 128GB dan RM4849 untuk 12GB + 256GB. 
Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada ketiga-tiga varian adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, empat pembesar suara stereo dari AKG, Bluetooth 5.3, Samsung Knox, menyokong S Pen, penarafan IP68 dan menjalankan OneUI 5.1.1 berasaskan Android 13.
Siri Samsung Galaxy Tab SS9 akan ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan dan boleh didapatkan bermula 15 Ogos 2023.

ARTIKEL BERKAITAN