Close

Apple Premium Partner pertama dari Switch kini dibuka di Sunway Pyramid

Switch kini selangkah kehadapan selepas tersenarai sebagai Apple Premium Partner (APP). Sehubungan dengan itu, Switch kini mengadakan acara pembukaan kedai Apple Premium Partner mereka di Sunway Pyramid Mall.

Seiring dengan pembukaan Apple Partner Premium di Sunway Pyramid, Switch kini mengadakan pelbagai promosi dan tawaran menarik yang merangkumi pelbagai produk Apple seperti iPhone, iPad, Apple Watch, Mac dan aksesori termasuk Apple Pencil, AirPods dan AirTags.

Selain itu, Switch turut menawarkan promosi istimewa secara eksklusif di kedai Apple Premium Partner Sunway Pyramid yang bermula 28 hingga 30 julai 2023. Promosi eksklusif ini menawarkan penjimatan sehingga RM1000 bergantung kepada produk.

Buat yang tidak mengetahui, Malaysia adalah negara pertama di asia tenggara yang menyediakan kedai Apple Premium Partner. Melaluinya, membawakan pengalaman membeli-belah dan perkhidmatan yang lebih baik, satu tahap di bawah Apple Store rasmi. Selain itu, APP turut menyediakan beberapa ruang khas untuk demo produk dan latihan serta ruang khusus untuk penyelesaian masalah.

Kedai Apple Premium Partner kedua dari Switch akan dibuka di Imago Mall, Kota Kinabalu dengan acara pembukaannya akan berlangsung pada 5 Ogos 2023. Selain itu, Switch dijangka akan memperluaskan lagi kedai Apple Premium Partner mereka kepada beberapa lagi lokasi pada masa akan datang. 

ARTIKEL BERKAITAN