Close

Tempahan Cybertruck kini melebihi 1.9 juta unit – Waktu menunggu mencapai sehingga 5 tahun

Tesla Cybertruck yang dilancarkan pada tahun 2019 telah mencatat jumlah tempahan yang amat memberangsangkan iaitu melebihi dari 1.9 juta unit.

Berikutan dari permintaan yang memberangsangkan, Elon Musk menyatakan yang tempahan untuk Tesla Cybertruck adalah sangat luar biasa. Sebagai rekod, Cybertruck mencapai jumlah tempahan 1 juta unit pada Mei 2021 dan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 2 tahun yang lalu.

Dengan jumlah tempahan yang sangat tinggi, waktu menunggu juga akan menjadi lebih lama, anggaran waktu menunggu mungkin sekitar 4 atau 5 tahun. 

Pengeluaran besar-besaran dan penghantaran Cybertruck dijangka hanya akan bermula pada 2024. Tesla juga dilaporkan telah memulakan pengeluaran Cybertruck pertama mereka di Giga Texas. 


Dengan pengumuman garis masa baru ini, kita mungkin boleh menjangkakan yang Cybertruck mungkin akan memasuki proses penghantaran yang lebih awal dari jangkaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN