![]() |
Sumber : OnLeaks X Smartprix |
Umum mengetahui, OnePlus akan melancarkan peranti lipat pertama mereka pada tahun ini. Berikutan dari itu, OnePlus melalui Twitter rasmi mereka telah memberikan gambaran awal mengenai peranti tersebut.
We OPEN when others FOLD
— OnePlus (@oneplus) July 26, 2023
Dalam perkongsian terbaru, OnePlus secara rasmi memberikan bayangan yang peranti lipat pertama mereka akan menggunakan nama “Open” bukannya “Fold” seperti yang digunakan oleh kebanyakkan pengeluar.
Selain itu, perkongsian tersebut turut mengesahkan laporan sebelum ini yang menyatakan OnePlus Open adalah nama yang akan digunakan oleh OnePlus.
Walaubagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi penuh dan penawaran harga buat masa ini tidak dikongsi. Namun, terdapat laporan mendedahkan yang OnePlus Open dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 4800mah dan pengecasan pantas 67W.