Close

Permintaan iPhone 15 mungkin lebih rendah berbanding iPhone 14

Pakar tiris Ming-Chi Kuo, menjangkakan yang permintaan untuk iPhone 15 adalah lebih rendah berbanding iPhone 14. 


Apple 8月3日法說對Apple與供應鏈的股價影響預覽 / The preview of how Apple’s earnings report on August 3 will affect Apple stocks and the supply chainhttps://t.co/yb55UYVd3b

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) August 2, 2023

 

Menurut beliau, ianya disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengeluaran produk Apple pada pertengahan tahun 2023 dilihat lebih lemah dan perlahan berbanding pada pertengahan kedua tahun lepas.

Namun, sekiranya permintaan iPhone 15 memberangsangkan selepas dilancarkan, ia mungkin akan mengubah landskap pengeluaran sekaligus membawa pertumbuhan yang positif untuk pembekal komponen.

Walaubagaimanapun, ini adalah ramalan awal mengenai permintaan iPhone 15, merujuk kepada situasi dan permintaan pada ketika ini. Kita mungkin boleh menjangkakan sesuatu yang berbeza selepas siri iPhone 15 ini dilancarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN