Umum mengetahui, Xiaomi siri T ditawarkan dengan spesifikasi mewah pada harga jualan yang lebih mampu milik berbanding peranti premium Xiaomi yang lain. Terkini, spesifikasi peranti tersebut telah dikesan sekaligus memberikan maklumat awal mengenainya.
Berdasarkan dari laporan, Xiaomi 13T Pro dijangka akan dijana dengan cip Dimensity 9200+ yang akan dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Menggunakan skrin 6.67-inci OLED dengan paparan 144Hz dan akan menyokong NFC dan Wi-Fi 6E.
Kapasiti bateri 5000mAh dijangka akan dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 120W. Xiaomi 13T dijangka akan dilancarkan sekitar September 2023 untuk pasaran global. Namun, peranti ini mungkin akan dilancarkan lebih awal di China dengan menggunakan nama yang berbeza iaitu Redmi K60 Ultra.