Close

Kerajaan umum pakej 5G RAHMAH – RM60 sebulan untuk kuota internet 60GB

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati rangkaian 5G dengan harga lebih mampu milik selepas Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pelan pakej 5G RAHMAH untuk semua dan juga intensif Postpaid RAHMAH untuk penjawat awam.


Berita baik buat rakyat Malaysia dan penjawat awam.

Saya mengumumkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. pic.twitter.com/IG7B17vALr

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) August 7, 2023

 

Pakej 5G RAHMAH ini ditawarkan pada harga RM60 dengan kuota internet sebanyak 60GB. Pakej ini tersedia untuk semua rakyat Malaysia. Selain itu, rakyat juga layak membeli peranti dengan rangkaian 5G yang bernilai RM1099 pada harga RM240 sahaja.


Bagi kategori B40, untuk 100,000 pembeli pertama pelan ini, layak untuk membeli peranti dengan rangkaian 5G pada harga RM120. Rebat RM10 setiap bulan turut diberikan kepada penjawat awam yang telah melanggan mana-mana pelan pascabayar sedia ada.

Dua Peranti yang ditawarkan untuk pakej 5G RAHMAH ini adalah HONOR 90 Lite 5G dan juga Samsung A14 5G dengan setiap pembelian peranti akan menerima jaminan selama 2 tahun.

Bagi yang berminat, pakej 5G RAHMAH ini akan mula ditawarkan bermula 31 Ogos 2023, setiap langganan didatangan dengan kontrak selama 2 tahun. Semua syarikat telekomunikasi terpilih dijangka akan mengumumkan pakej 5G RAHMAH dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN