Mercedes-Benz C300 AMG Line (W206) bakal ditamatkan penawarannya di Malaysia dan akan digantikan dengan model baharu iaitu Mercedes-Benz C350e PHEV (Plug-in Hybrid).
Mercedes-Benz C350e PHEV dikuasakan dengan enjin 2.0 liter 4-silinder turbocharged yang mampu menghasilkan kuasa 204 ps dan 320 Nm. Dengan bantuan motor elektrik, ia mampu menghasilkan kuasa yang lebih tinggi iaitu 313 ps dan 550 Nm.
Model ini dimuatkan dengan bateri 25.4 kWh yang mampu bergerak sejuah 100 km (WLTP), menyokong dua jenis pengecasan iaitu pengecasan AC pada 11 kW dan pengecas pantas DC 50 kW.
Model pengganti iaitu Mercedes-Benz C350e PHEV akan mula ditawarkan secara berperingkat menjelang akhir tahun 2023.