Close

Xiaomi MIX Fold 3 tidak akan ditawarkan untuk pasaran global

Xiaomi telahpun melancarkan peranti boleh-lipat baharu iaitu MIX Fold 3. Tampil dengan sejumlah perkara menarik. Antaranya, peranti boleh-lipat pertama hadir dengan tetapan kuad-kamera dari Leica dan menggunakan rekaan yang lebih nipis.

Confirming that Xiaomi MIX Fold 3 will be available exclusively in Mainland China.

— Daniel Desjarlais (@Daniel_in_HD) August 16, 2023

 

Walaubagaimanapun, peranti ini hanya akan tersedia untuk pasaran China sahaja. Bermakna, peranti ini tidak akan ditawarkan untuk pasaran global termasuk Malaysia. Ia bukanlah satu perkara baharu dari Xiaomi. Sebelum ini, terdapat beberapa model menarik yang tidak dilancarkan untuk pasaran luar dari China.

Pihak Xiaomi tidak mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengapa peranti ini tidak ditawarkan untuk pasaran luar China. Kita mungkin boleh menjangkakan yang ia disebabkan oleh beberapa masalah seperti kekurang stok, penghasilan dan lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN