Close

EV pertama Lamborghini akan tiba pada 2028 – Akan dikenali sebagai Lanzador

Lamborghini nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan kereta elektrik apabila mengesahkan yang mereka akan turut melancarkan kereta elektrik pertama tidak lama lagi.

Berikutan dari itu, Lamborghini telah memperlihatkan konsep kereta elektrik mereka yang akan dikenali sebagai Lanzador. Sebuah Supercar dua pintu dengan konfigurasi tempat duduk 2+2. Model ini akan ditawarkan bersama dengan model utama Lamborghini yang lain seperti Urus, Revuelto dan pengganti Huracán.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci mengenai trenkuasa elektrik yang akan digunakan pada Lanzador. Tetapi, pihak Lamborghini mengesahkan yang ia akan dilengkapi dengan dua motor elektrik pacuan semua roda yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 1341 hp.

Maklumat kapasiti bateri dan jarak gerak turut tidak didedahkan. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan yang ia akan hadir dengan kemampuan bateri yang berprestasi tinggi untuk jarak gerak yang lebih baik.

Lamborghini Lanzador dijangka akan dilancarkan sekitar tahun 2028, akan menjadi model ke-4 dalam keluarga Lamborghini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN