Samsung dilaporkan akan menggunakan bahan binaan yang berbeza dan lebih tahan lasak untuk digunakan pada Samsung Galaxy S24 Ultra. Sekaligus akan menjadikan Galaxy S24 Ultra lebih ringan daripada Galaxy S23 Ultra.
Pada Galaxy S23 Ultra, Samsung menggunakan bahan binaan Aluminium Armor dengan berat keseluruhan 233 gram. Namun, untuk Samsung dijangka akan menggunakan bahan binaan yang lebih lasak iaitu Titanium.
Exclusive :
Samsung Galaxy S24 Ultra Weight: 233g
although titanium alloy middle frame is adopted.— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) August 17, 2023
Dengan menggunakan bahan binaan dari Titanium, berat Galaxy S24 Ultra dijangka akan dapat dikurangkan kepada 232 gram iaitu 1 gram lebih ringan berbanding Galaxy S23 Ultra. Selain lebih ringan, Titanium turut menawarkan ketahanan yang lebih baik dan lebih sukar untuk calar.
Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, sekiranya laporan ini tepat, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak peranti akan hadir dengan binaan Titanium.