Close

CEO BYD rugi RM6.9 billion dalam masa sehari kerana Tesla

Sumber : BYD

Pengerusi BYD Wang Chuanfu dilaporkan mengalami kerugian sekitar RM6.9 billion disebabkan oleh perang harga yang dilancarkan oleh Tesla, sekaligus memberi kesan kepada kejatuhan saham.

Berikutan dari itu, kekayaan Wang Chuanfu yang diperoleh daripada pegangan peribadi dalam BYD menurun secara mendadak dari 17.6% kepada 8.7%. Namun begitu, Wang Chuanfu masih lagi kekal menjadi orang kesembilan terkaya di China, menurut Real-Time Billionaires List dari Forbes.


Tidak hanya BYD, pasaran domestik China lain turut menunjukan penurunan yang sama dengan Xpeng yang dimiliki oleh He Xiaopeng turut mencatat kerugian sebanyak 3% dan Nio yang dimiliki oleh William Li turut mencatatkan kerugian sebanyak 3.2%.


Tesla sebelum ini, bertindak menurunkan harga jualan untuk model Y bagi varian Long Range dan Perfomance dari $1900 (RM8820) hingga $48,000 (RM223K). Selain itu, Tesla turut memberikan subsidi insurans sebanyak $1100 (RM5106) kepada semua pembeli baharu Model 3 sehingga akhir bulan hadapan.


Kesan kepada perang harga yang dicetuskan oleh Tesla tidak hanya terkesan kepada kenderaan elektrik di pasaran China sahaja tetapi, turut memberi kesan kepada kenderaan elektrik di pasaran global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN