Samsung dijangka akan membawakan perubahan yang lebih ketara pada kamera telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu Samsung Galaxy Z Flip6.
Menurut laporan terbaru, Samsung dilaporkan akan menggunakan kamera baharu 50MP pada Galaxy Z Flip6. Samsung juga dikatakan telahpun memulakan ujian awal kamera tersebut pada telefon konsep Galaxy Z Flip6 dengan kod nama B6.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci yang didedahkan mengenai sensor yang akan digunakan pada Galaxy Z Flip6. Sekiranya, laporan ini tepat, ia akan menjadikan peningkatan yang ketara berbanding dengan model semasa.
Walaupun Samsung Galaxy Z Flip telahpun mempunyai 5 generasi. Namun, Samsung masih lagi menggunakan kamera yang sama iaitu 12MP.